Sejarah Piala Raja Sepanyol

Pada tahun 1902, satu pertandingan di bawah nama Copa de la Coronación telah dilangsungkan setelah Carlos Padrós, bakal presiden Real Madrid, mencadangkan bahawa sebuah pertandingan bola sepak diadakan bagi meraikan pemahkotaan Raja Alfonso XIII. Empat pasukan lain turut bersama Madrid FC menyertai pertandingan ini iaitu Barcelona, Club Español de Foot-Ball, New Foot-Ball de Madrid dan Club Bizcaya (pasukan yang terdiri daripada pemain pasukan Athletic dan Bilbao FC) yang akhirnya dikalahkan Barcelona di akhir. Piala pertandingan ini dipamerkan di muzium Athletic Bilbao dengan kemenangan kelab tersebut dimasukkan dalam senarai penghormatannya. Namun, ia dianggap hanya sebagai pelopor Copa del Rey. Persekutuan Bola Sepak Sepanyol secara rasminya tidak mengiktiraf piala tersebut.[1][2]

Copa del Rey merupakan kejuaraan bola sepak tahap negara Sepanyol dari 1903[3] sehinggalah tertubuhnya Campeonato de Liga — Liga Kejuaraan — pada tahun 1928. Ia pada mulanya dikenali sebagai Copa del Ayuntamiento de Madrid (Piala Dewan Kota Madrid). Antara tahun 1905 dan 1932, ia dikenali sebagai Copa de Su Majestad El Rey Alfonso XIII (Piala Baginda Raja Alfonso XIII). Sewaktu pemerintahan Republik Sepanyol Kedua, ia dikenali sebagai Copa del Presidente de la República (Piala Presiden Republik) atau Copa de España (Piala Sepanyol) dan pada tahun-tahun pemerintahan diktator Francisco Franco pula, ia dikenali sebagai Copa de Su Excelencia El Generalísimo atau Copa del Generalísimo (Piala Tuan Yang Terutama Jeneral Agung).

Athletic Bilbao telah diisytiharkan pemenang pada tahun 1904 selepas lawan mereka Español de Madrid gagal muncul. Dalam kedua-dua tahun 1910 dan 1913, ada sebuah perpecahan antara kelab-kelab dengan persatuan-persatuan yang berpecah — iaitu Unión Española de Clubs de Fútbol dan Federación Española de Fútbol — menganjurkan pertandingan saingan bernama Copa UECF dan Copa FEF. Pada tahun 1937, semasa Perang Saudara Sepanyol, kelab-kelab dalam kawasan yang memihak kepada Republikan Sepanyol memasuki Copa de la España Libre, dengan Levante menewaskan kota mereka pesaing Valencia 1-0 dalam peringkat akhir. (Walaupun Kongres Timbalan menggesa Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol untuk mengiktiraf kemenangan tersebut sebagai kemenangan dalam Piala Raja Sepanyol untuk Levante pada 2007,[4] badan bola Sepanyol masih belum membuat keputusan muktamad lagi.)[5]

Keputusan pertandingan yang dianjurkan pada tahun 1902 begitu dipertelingkahkan, maka statistik pemenang-pemenang yang berikutan turut dihujahkan sekali. Barcelona telah memenangi kejuaraan ini sebanyak 29 kali diikuti oleh Athletic Bilbao dengan 24 or 23 kemenangan bergantung kepada sumber tertentu. Sepanjang sejarah kejuaraan ini, sebanyak 12 trofi sebenar yang telah dihadiahkan di mana piala akan dihadiahkan secara kekalnya kepada kelab-kelab yang telah memenangi kejuaraan ini sebanyak tiga kali berturut-turut atau lima kali secara berasingan, atau untuk tujuan khas yang tertentu. Maka, lima piala kekal telah dihadiahkan kepada Barcelona, tiga piala kepada Bilbao dan satu piala kepada Real Madrid. Athletic Bilbao menyimpan piala kemenangan mereka pada acara pertama, Sevilla FC dianugerahkan Trofeo del Generalísimo pada 1939 manakala Atlético Madrid, pemenang pada tahun sebelumnya, diberikan piala kesebelas berikutan kematian Francisco Franco. Pada Disember 2010, piala dihadiahkan kepada pemenang tahun tersebut, Sevilla, sempena meraikan kejayaan Sepanyol dalam Piala Dunia yang berlangsung pada tahun tersebut.[6]

Sebelum terbentuknya La Liga pada tahun 1929, pertandingan ini merupakan kejuraraan peringkat kebangsaan. Pasukan-pasukan yang menyertai kejuaraan ini layak melalui liga kawasan mereka. Pelbagai format ternasuk juga peringkat kumpulan telah dipakai selama bertahun-tahun kejuaraan ini diadakan. Kemasukan kepada kejuaraan ini adalah terhad, tidak seperti Piala FA Inggeris. Hanya pasukan-pasukan daripada Primera División, Segunda A, sebanyak 23 pasukan daripada juara-juara Segunda B dan Tercera División (atau naib pemenang jika pasukan juara merupakan pasukan simpanan) dibenarkan turut serta. Peringkat awal merupakan perlawanan sekali beri (one-off) dengan pasukan-pasukan divisyen rendah diberikan home advantage. Peringkat-peringkat 32, 16, suku akhir dan separuh akhir dimainkan dalam dua pusingan. Perlawanan akhir bersifat sekali beri yang dimainkan di lokasi yang neutral. Pemenang kejuaraan ini layak bagi kedua-dua Supercopa de España dan Liga Europa UEFA pada musim berikutnya.